Air naik tanpa amaran, rumah tenggelam dan kehidupan saudara kita di Aceh terhenti sekelip mata akibat banjir besar. Ramai kehilangan tempat tinggal, keperluan asas dan sumber rezeki, sementara anak-anak dan warga emas terpaksa berlindung dalam keadaan serba kekurangan.
Sehubungan itu, Sukarelawan MAPIM Wilayah Persekutuan dengan kerjasama NGO Al-Quds Volunteer Indonesia (AVI) Humanity akan melaksanakan Misi Bantuan Banjir Aceh pada 22 hingga 26 Disember 2025. Misi ini bukan sekadar menghantar bantuan, tetapi bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik, rakan strategik serta ukhwah persaudaraan antara Malaysia dan rakyat Aceh.
Antara bantuan yang akan disalurkan termasuk barangan dapur yang dibeli terus di Aceh/Medan, bantuan kewangan, ubat-ubatan, selimut, tuala dan pakaian. Ketika ini, MAPIM Wilayah Persekutuan sedang mengumpul sumbangan dalam bentuk kewangan dan barangan.
Setiap sumbangan anda adalah sinar harapan buat mereka untuk bangkit semula selepas bencana. Ayuh hulurkan bantuan sekarang dan bersama kita ringankan beban saudara kita di Aceh. Kerana kemanusiaan tidak mengenal sempadan.
